Saturday, December 3, 2011

BAHAGIAN C

Tuliskan (B) pada pernyataan yang betul dan (S) pada pernyataan yang salah.

1. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, masjid menjadi pusat kegiatan ilmu yang penting.

2. Golongan cerdik pandai seperti jurutulis, pengarang dan ulama sering berkumpul di madrasah untuk menjalankan aktiviti keilmuan.

3. Istana menjadi tempat perbincangan dan perdebatan antara ulama tentang hal agama.

4. Sultan Melaka menjadi guru untuk mengajar ilmu agama Islam kepada pembesar dan rakyat jelata.

5. Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka digubal semasa Melaka menjadi pusat kegiatan ilmu.

6. Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar ilmu pengetahuan dan bahasa gerakan dakwah pada zamanKesultanan Melayu Melaka.

7. Hasil karya penulis tempatan dan sastera asing banyak disimpan di dalam istana.

8. Banyak karya sastera dari Arab dan Parsi telah diterjemah kepada bahasa Melayu.

9. Karya yang dihasilkan di Melaka banyak digunakan

( )

( )

( )

( )

( )

( )

( )

( )

sebagai alat menyebarkan agama Islam.

10. Karya sastera yang diterjemahkan di istana Melaka banyak dihantar ke India dan China.

( )

( )

(10markah)

No comments:

Post a Comment